--> Skip to main content

Advester

ORANG YANG MEMPUNYAI PRINSIP HIDUP

Orang yang ada prinsip hidup itu adalah orang yang beragama,
Kerana mempertahankan prinsip,
dia tidak berubah mengikut suasana,
Dia kayakah atau miskin, sikapnya sama,
Bertemu orang besar atau orang kecil,
amalan kebiasaannya tetap dipertahankan,
Bagaimana sibuk sekalipun,
amal ibadahnya tidak akan dicuaikan,
Dia tidak akan inferiority complex
bertemu orang kaya sekalipun dia miskin,
Dia boleh bergaul dengan sesiapa
sekalipun dia berpangkat dan kaya,
Walaupun berhadapan dengan keadaan apa sekalipun,
disiplin hidupnya tetap dipertahankan,
Syariat tetap dijaga, maruahnya tidak dikorbankan oleh suasana,
Di waktu susah atau senang, sikap hidupnya tidak berubah,
Di masa sakit atau sihat, sikap hidupnya sama sahaja,
Berubah suasana, dia tidak akan mengubah sikap hidupnya,
Kata-kata dan penghinaan orang tidak akan menggugat pendiriannya, Keyakinannya tidak akan berubah dengan berubahnya suasana,
Dengan Tuhan sangat taat dengan cara menjaga syariat-Nya,
Walau dalam keadaan apa sekalipun,
Begitulah orang yang hidup yang ada prinsip,
Dia tetap istiqamah di dalam mempertahankan disiplin hidupnya,
Kerana rasa bertuhan begitu dijiwainya,
Rasa kehambaan subur sekali,
Menjadikan dia orang yang ada pendirian,
Yang tidak dapat digugat oleh suasana kehidupan,
Walau di dalam keadaan apa sekalipun dia tetap dengan prinsipnya.

Comment Policy: Silahkan tuliskan komentar Anda yang sesuai dengan topik postingan halaman ini. Komentar yang berisi tautan tidak akan ditampilkan sebelum disetujui.
Buka Komentar
Tutup Komentar